My Add

Sunday 9 September 2012

LGBT: Tindakan terhadap Nasha?

SEGAMAT, sabtu, 08 September, 2012: Apa jua bentuk hukuman terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang bakal diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas esok bukan kerana gesaan beliau agar hubungan Pas dalam pakatan pembangkang dikaji semula.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia kerana kelantangan Nasharudin menentang sokongan terhadap amalan kebebasan seksualiti.

"Tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa tidak senang terhadap golongan yang menyokong dan memperjuangkan supaya diberi kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Golongan terbabit berusaha untuk menyingkirkan beliau daripada terus berada dalam parti dan mempunyai suara yang boleh menggugat hasrat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang di sini hari ini. - MINGGUAN

No comments:

Post a Comment