My Add

Sunday 9 September 2012

Terap konsep sayang dekati rakyat - Shahrizat

*SHAHRIZAT Abdul Jalil bergambar bersama perwakilan wanita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, semalam.

KUALA LANGAT, SABTU, 08 September, 2012: Ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO disaran meningkatkan usaha mendekati rakyat peringkat akar umbi melalui konsep kasih sayang bagi memastikan sokongan kepada parti dapat dikekalkan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan itu sebenarnya menjadi jenama pergerakan tersebut sejak sekian lama termasuk kewujudan Skuad Sayang yang melaksanakan tugas membantu rakyat di segenap peringkat.

''Jenama 'sayang' merupakan naluri wanita Malaysia. Kalau kita hendak tambat hati pengundi, orang kena hormat kita, penghormatan tidak boleh dijual beli.

'Kalau orang sayang kita, waima apa yang berlaku kepada pemimpin, rakyat akan bersama-sama kita. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment