My Add

Wednesday 12 September 2012

Mahkamah tambah hukuman penjara 2 beradik dera amah

SHAH ALAM, SELASA, 11 September, 2012: Kekejaman dua beradik yang melakukan kekerasan jenayah seksual dengan menyumbat objek seperti biskut, pisang dan hujung botol air minuman ke dalam alat sulit seorang pembantu rumah warga Indonesia, berbalas hari ini apabila hukuman penjara mereka ditambah daripada dua tahun kepada lima tahun.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 24 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap kedua-dua suri rumah itu, Wong Choy Lin, 40, dan Wong Choy Kin, 38.

Keputusan Hakim Noor Azian Shaari itu sekali gus menolak rayuan kedua-dua suri rumah tersebut terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Kedua-dua wanita itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 Oktober tahun lalu atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah seksual itu sebanyak dua kali terhadap mangsa, Hanif Muawanan Muhyi dari Surabaya yang berusia 25 tahun ketika kejadian, pada September dan Julai 2004. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment