My Add

Wednesday 12 September 2012

4 cek RM1.75 juta dimasukkan dalam akaun Shamsubahrin

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 September, 2012: Sebanyak empat cek kesemuanya berjumlah RM1.75 juta yang ditandatangani bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail telah dimasukkan ke dalam akaun ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail di tiga buah bank antara 25 November dan 5 Disember tahun lalu.

Perkara tersebut diberitahu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini oleh tiga pegawai bank yang merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes Shamsubahrin yang menghadapi tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.75 juta pada hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga saksi itu terdiri daripada Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Mohd. Azmi Silbi; Penolong Pengurus cawangan Maybank Jalan Solaris, Mont Kiara, Ezam Omar; dan Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Jalan Hang Lekiu, Foong Ying Kuen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment