My Add

Wednesday 5 September 2012

Usaha senarai produk alam sekitar galak 'pertumbuhan hijau'

VLADIVOSTOK, Rusia, SELASA, 04 September, 2012: Pegawai-pegawai kanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berharap Sidang Kemuncak APEC di sini akan dapat bersetuju menyediakan satu senarai produk atau barangan alam sekitar, yang boleh menggalakkan "pertumbuhan hijau" di rantau ini.

Mereka, yang menamatkan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) APEC di sini semalam, yakin senarai tersebut akan menjadikan satu mercu pencapaian yang penting bagi sidang itu, yang turut dikenali sebagai Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC.

"Usaha menyediakan senarai tersebut diterajui tuan rumah Rusia. Sesungguhnya Moscow berharap senarai tersebut akan dipersetujui pada sidang kemuncak yang akan berlangsung pada 8-9 September ini," kata pegawai Kementerian Luar yang rapat dengan perbincangan SOM tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment