My Add

Tuesday 25 September 2012

Mangsa kebakaran kesal kerajaan negeri tidak tunai janji

GEORGE TOWN, SELASA, 25 September, 2012: "Ibarat menunggu buah yang tidak gugur" begitulah nasib empat keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sungai di sini kesal apabila masih belum menerima rumah gantian yang dijanjikan kerajaan negeri.

Wakil mangsa kebakaran itu, Tan Hock Chai, 65, berkata selepas 20 bulan menunggu, dua wakil rakyat DAP iaitu Ng Wei Aik dan Chow Kon Yeow kini masih berdiam diri mengenai janji mereka.

Katanya, janji untuk memberikan rumah gantian itu ditaburkan oleh Ng yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Chow yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri selepas melawat mangsa kebakaran empat rumah papan itu pada Februari tahun lalu.

"Sekarang saya terpaksa sewa rumah lain kena bayar RM250 sebulan dan sewa tapak rumah sebanyak RM20 sebulan kepada MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) kena bayar juga," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, penduduk yang terbabit sudah berputus asa menunggu rumah gantian itu dan mengambil keputusan berpindah ke tempat lain.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pelan rumah gantian itu sudah ada tetapi tiada tanda-tanda projek itu akan dilaksanakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment