My Add

Saturday 8 September 2012

Nur Suryani selamat lahir anak perempuan

Nur Suryani
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 2012: Penembak wanita negara yang beraksi dalam keadaan hamil pada Sukan Olimpik London, Julai lalu, Nur Suryani Mohamed Taibi selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 7.20 malam, semalam.

Bayinya yang dinamakan Dayana Widyan seberat 3.2 kilogram, dilahirkan menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Kata suaminya, Marhazli Mhotar yang ditemui Utusan Malaysia di pusat berkenaan, semalam, “Nur Suryani dimasukkan ke hospital sejak 11 pagi semalam dan keadaan anak kami sihat dan cukup sifat.

“Kami berharap kehadirannya akan menyerikan hidup kami sekeluarga," katanya yang turut mengiringi isterinya bertanding dalam acara air rifle 10 meter Sukan Olimpik di Lapang Sasar Olimpik London, 28 Julai lalu.

Tambah Marhazli, menurut doktor, Nur Suryani akan terus berada di pusat berkenaan sehingga esok bergantung kepada keadaan semasa anak mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment