My Add

Saturday 8 September 2012

Program Sinar Kasih dilanca



*JAMILKhir Baharom (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang Penerima Keluarga Angkat Prihatin sambil diperhatikan oleh Abd. Malek Awang Kechil (kiri), Ahmad Jailani Muhamed Yunus (tiga dari kiri) dan Ahmad Tajuddin Abd. Rahman (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 20212: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini melancarkan program Sinar Kasih sebagai inisiatif yang inovatif dan proaktif dalam memberi sinar baru kepada anak-anak yatim yang hilang tempat kebergantungan ekonomi.

Melalui program usahasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia itu, usaha mengenal pasti anak-anak malang itu akan menjadi lebih pantas.

''Jalinan ketiga-tiga agensi ini dianggap sebagai inovasi dan kreativiti pintar dalam mengenal pasti anak-anak malang tersebut.

''Tidak cukup sekadar kita hanya menguar-uarkan melalui media atas kemalangan atau kematian yang berlaku, tetapi memikul sekali tanggungjawab bagi menyalurkan bantuan,'' kata Jamil Khir kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Wisma TV, Angkasapuri di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus; Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Dr. Abd. Malek Awang Kechil dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada enam keluarga yang menyertai Program Keluarga Angkat Prihatin Yapeim.

Menurut Jamil Khir, anak-anak yatim yang dikenal pasti melalui laporan media khususnya daripada RTM dan Utusan Malaysia akan diberikan bantuan segera sebanyak RM200 setiap bulan bagi tempoh minimum setahun.

Buat masa ini, katanya, sejak program anak angkat itu diperkenalkan pada tahun 2010, seramai 117 keluarga dan 354 anak-anak yatim sudah menerima manfaat dengan melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM595,700.

''Sumber bantuan yang diperoleh antaranya daripada saluran kerajaan, kutipan amal jariah yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia serta sumbangan-sumbangan pihak tertentu yang kesemuanya dikumpulkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),'' ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Jailani berkata, program Sinar Kasih itu akan disiarkan dalam slot Selamat Pagi 1Malaysia pada pukul 9.30 pagi pada setiap Sabtu bermula 6 Oktober ini.

''Program sebanyak 13 episod itu berdurasi antara 5 hingga 7 minit, bahan sama akan disiarkan di Berita Nasional pada pukul 8 malam pada setiap hari Jumaat,'' katanya.

Manakala menurut Othman, Utusan Malaysia sebagai media cetak rasmi akan memberi liputan khas untuk program tersebut, selain menjadi rujukan pantas pihak Yapeim mengenai laporan-laporan kemalangan, kebakaran, bencana alam dan sebagainya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment