My Add

Monday 3 September 2012

Pas bersedia hadapi pilihan raya - Nik Aziz

KUALA KRAI, ISNIN, 03 September, 012: Pas tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membubarkan Dewan Rakyat pada November ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkat, ini kerana parti itu telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pilihan raya tersebut perlu dilakukan dengan adil supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang mereka mahukan.

"Saya selalu sebut pilihan raya nak buat bila pun tidak apa tetapi kita mesti pastikan undi adalah untuk pakatan pembangkang. Kita bersedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-Buahan Negeri Kelantan di Dataran Cintawangsa di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment