My Add

Saturday 8 September 2012

2 wanita warga Mongolia antara ditahan dalam Ops Noda

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 September, 2012:: Dua wanita Mongolia antara enam pekerja seks warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat karaoke di Ampang, malam semalam.


Empat lagi pekerja seks warga China dan seorang lelaki Korea berumur 41 yang bertindak sebagai penjaga premis turut ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu.

Pusat karaoke yang terletak di tingkat empat sebuah pusat perniagaan di Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang itu dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak empat bulan lalu dari jam 9.30 malam hingga 2 pagi.

Operasi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu adalah hasil maklumat awam dan risikan selama 3 jam. - BH

No comments:

Post a Comment