My Add

Thursday 6 September 2012

Pelajar yang cedera dipindahkan ke hospital di Nizhny

Daripada GAMAL NASIR MOHD AL
VLADIVOSTOK, Rusia, KHAMIS, 06 September, 2012: Lima pelajar Malaysia yang tercedera dalam nahas, yang mengorbankan dua pelajar yang lain di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam, 2 September lalu, sudah dipindahkan ke hospital di tempat pengajian mereka.

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, pelajar-pelajar wanita tajaan Mara itu dipindahkan dari hospital di Viyazniky, Vladimirskaya ke hospital di Nizhny sejak dua hari lalu dan menerima rawatan yang baik.

"Pelajar-pelajar tersebut kini bersama-sama rakan-rakan yang belajar di universiti yang sama," ujar beliau kepada wartawan-wartawan Malaysia yang membuat liputan terhadap Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini.

Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, dan Adzreen Dimyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya terbunuh dalam nahas ketika ketujuh-tujuh mereka dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia.

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment