My Add

Thursday 6 September 2012

Jenazah dua pelajar Malaysia dijangka tiba malam esok

Daripada GAMAL NASIR MOHD ALI
VLADIVOSTOK, Rusia, KHAMIS, 06 SeptEMBER, 2012: Jenazah dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam nahas di Rusia akan diterbangkan pulang ke tanah air awal pagi esok dan dijangka tiba pada sebelah malamnya.

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, kedutaan sedang menyempurnakan persiapan dan dokumentasi bagi membawa pulang kedua-dua jenazah pelajar Malaysia yang terbunuh itu.

"Kita berusaha selesaikan semua itu hari ini. Insya-Allah jika penerbangan dapat disahkan, kita akan bawa pulang jenazah-jenazah tersebut melalui Dubai ke Kuala Lumpur pada awal pagi nanti dan tiba malam esok," ujar beliau kepada wartawan-wartawan Malaysia di sini hari ini.

Dua pelajar Malaysia di Rusia terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam, 2 September lalu.

Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, yang meninggal dunia di tempat nahas, manakala Adzreen Dimyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment