My Add

Thursday 6 September 2012

Kurikulum baru Sejarah sekolah menengah dirangka

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012:: Kerajaan sedang merangka kurikulum baru mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dalam usaha melahirkan warga negara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu dijalankan dengan berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

"Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah. Laporan (Jawatankuasa Khas) telah kami terima, InsyaAllah kami akan laksanakan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah, di sini hari ini.

Jawatankuasa Khas yang ditubuh pada Mei 2011 itu dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM.

Jawatankuasa Khas itu berfungsi untuk mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah bagi memastikan ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air dan sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment