My Add

Saturday 8 September 2012

Perkasa beri tempoh 7 hari Mahfuz mohon maaf

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 SeptEMBER, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar memberi tempoh selama tujuh hari kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan tiga akhbar termasuk Harakah dan Suara Keadilan untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhan membaling kasut dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Tambah beliau, dakwaan itu tidak berasas sama sekali memandangkan pihaknya mempunyai bukti kukuh berdasarkan rakaman video yang menunjukkan bahawa tuduhan membaling kasut itu tidak berlaku.

“Pada malam itu, kita desak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar dari masjid apabila melihat ahli-ahli kariah Masjid Al-Husin bangun membantah dengan tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan masjid sebagai pentas politik dalam ceramahnya selepas solat maghrib. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment