My Add

Monday 3 September 2012

Penerbangan pulang haji dijangka selesai hujung November

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Penerbangan pertama bakal jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini dijadual pada 17 September dan penerbangan terakhir pada 19 Oktober.

Jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi hari ini berkata, penerbangan pertama pulang ke tanah air dijadual berlepas dari Tanah Suci pada 31 Okt manakala penerbangan akhir dijadual berlepas pada 28 Nov.

Tarikh wukuf dijangka pada 25 Okt dan umat Islam di Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Haji pada 26 Okt. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kira-kira 28,000 orang jemaah Malaysia akan menunaikan haji tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment