My Add

Monday 3 September 2012

Najib, isteri hadir majlis rumah terbuka Kementerian Pelajaran

PUTRAJAYA, ISNIN, 03 September, 2012:,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada jamuan Aidilfitri Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan duit raya kepada pelajar sekolah antaranya dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Chua, Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Majlis turut dihadiri kira-kira 5,000 tetamu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment