My Add

Tuesday 11 September 2012

Peniaga kecil nekad berusaha tukar kerajaan


*MOHD. Ridzuan Abdullah bersama para peniaga kecil Padang Kota pada sidang akhbar berhubung isu dihalang berniaga di Georgetown, semalam.

PULAU PINANG, isnin, 10 SeptEMBER, 2012: Seramai 30 peniaga kecil di Padang Kota bertekad berusaha menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya kerajaan negeri pimpinan DAP enggan membenarkan mereka berniaga di kawasan itu.

Tekad itu berikutan cara pemerintahan DAP yang didakwa menindas mereka selepas mendapat mandat pada pilihan raya umum lalu untuk mentadbir negeri ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan turut berkempen menjatuhkan kerajaan DAP jika mereka gagal menyelesaikan isu peniaga di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

Tambahnya, kerajaan negeri harus mencari jalan membenarkan peniaga kecil berniaga di kawasan tersebut dan bukannya menjadi penghalang mereka menambah pendapatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment