My Add

Tuesday 11 September 2012

Isu baling kasut: Perkasa Kota Setar desak Mahfuz minta maaf

ALOR SETAR ISNIN, 10 September, 201: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kota Setar mendesak agar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memohon maaf secara terbuka kerana melemparkan fitnah terhadap pertubuhan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, pihaknya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini pada pukul 11 malam ini bagi membolehkan polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap tuduhan palsu oleh Mahfuz.

"Mahfuz dalam kenyataannya kepada akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian telah menuduh tanpa bukti bahawa ahli-ahli Perkasa telah membaling kasut di dalam Masjid Al-Hussin, Pumpong Alor Setar.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah itu yang bertujuan mencemar nama baik dan menjatuhkan reputasi Perkasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment