My Add

Tuesday 11 September 2012

Polis siasat pihak bangkit sentimen kenegerian di laman sosial

KUCHING, SELASA. 11 September, 2012:: Polis mengingkatkan pengguna laman sosial agar tidak menjadikan kemudahan berkenaan untuk membuat sebarang provokasi khasnya yang melibatkan isu antikenegerian.

Pusuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata walaupun beliau belum lagi menerima laporan berhubung perkara itu namun ia merupakan satu perkara yang serius jika benar-benar berlaku seperti yang didakwa.

"Saya belum lagi menerima laporan, kalau ada kita sedia untuk siasat dan dakwa mereka yang berkenaan di bawah undang-undang yang sedia ada," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan beberapa blog yang menjadi tumpuan umum selain laman sosial seperti Facebook.

Katanya pihak Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Jenayah Komersial akan diarah untuk membuat siasatan berhubung isu tersebut untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment