My Add

Friday 21 September 2012

Proton sasar kembali No. 1

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
SHAH ALAM, KHAMIS, 20 September, 2012: DRB-Hico Bhd. (DRB-Hicom), pemilik baru Proton Holdings Bhd. (Proton) menyasarkan jualan kenderaan tersebut sebanyak 200,000 unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 - sekali gus kembali menjadikannya peneraju industri automotif tempatan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Khamil Jamil (gambar), konglomerat tersebut telah merancang pelbagai pelan bagi mengukuhkan jenama tersebut di samping meningkatkan jualan di negara ini.

"Saya mahu orang membeli kereta Proton bukan kerana ia murah, sebaliknya kerana mempercayai jenama ini. Proton mempunyai banyak potensi yang masih belum digilap sepenuhnya," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan DRB-HICOM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment