My Add

Friday 21 September 2012

Ubat RM2j dirampas

*SEORANG pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan memeriksa ubat yang disyaki tidak berdaftar pada serbuan di Pulau Pinang, semalam

Oleh NORAZLINA ISMAIL
TASEK GELUGOR, KHAMIS, 20 September, 2012: Selama 20 tahun sebuah rumah dua tingkat di Taman Desa Murni, Sungai Dua di sini menjalankan kegiatan haram menjadi stor ubat-ubatan tanpa kelulusan, namun gagal dikesan pihak berkuasa.

Selepas beroperasi untuk tempoh agak lama, kegiatan premis itu akhirnya terbongkar hari ini apabila diserbu anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan.

Dalam serbuan di beberapa lokasi di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) itu, pihak berkuasa merampas pelbagai ubat termasuk pil perangsang seks bernilai RM2 juta.

Operasi tersebut disertai 32 anggota pegawai penguat kuasa Farmasi Cawangan negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan dan Cawangan Penguat Kuasa Farmasi dari Perak, Perlis dan Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment