My Add

Saturday 8 September 2012

MIC mohon peruntukan khas di bawah Belanjawan 2013

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 September, 2012:: MIC hari ini memohon supaya kerajaan menyediakan lima peratus daripada Belanjawan 2013 sebagai satu peruntukan khas bagi kegiatan pembangunan untuk masyarakat India.

Presidennya, Datuk Seri G Palanivel, berkata beliau mengemukakan permohonan itu dan satu senarai permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

"Saya berharap Perdana Menteri akan mempertimbang permohonan kami.

"Peruntukan khas ini, jika diluluskan, akan digunakan bagi pelbagai projek pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India, dari segi pendidikan dan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Jurubina India Malaysia kali pertama di Brickfields di sini, hari ini.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pada tahun ini kerajaan memperuntuk RM100 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian bagi sekolah Tamil.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata MIC sedang bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi meningkatkan jumlah penjawat awam dari kaum itu kepada 3,000 menjelang akhir tahun ini. 

"Pada masa sama, kita juga sedang berusaha bagi mendapatkan peluang kenaikan pangkat untuk penjawat awam kaum India terutama bagi mereka yang sudah lama berkhidmat," katanya.

Katanya, proses itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment