My Add

Monday 10 September 2012

PM, jangan layan keluarga remaja tunjuk punggung: GPMA

JAMILAH HAMZAH
KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 2012: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak terlalu lembut hati melayan mahasiswa yang mencetuskan kontroversi ekoran insiden tunjuk punggung 30 Ogos lalu.

Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd Isa berkata, Perdana Menteri tidak perlu melayan mereka yang dianggap biadap kepada kepimpinan negara.

Menurutnya, jika Najib tetap mahu menemui remaja terbabit, GPMS tidak akan teragak-agak untuk turut sama mengulangi perbuatan tidak bermoral itu dan tidak mustahil perkara tersebut akan menjadi budaya.

"Kami desak Najib supaya jangan jumpa dengan pesalah laku itu, cukuplah sekadar menghantar surat.

"Kita tak mahu dengan kelembutan beliau (Najib) budaya tunjuk punggung atau biadap ini akan berterusan dan tak dapat dikawal lagi," kata beliau pada sidang media di ibu pejabatnya petang tadi.

Minggu lalu, Najib berkata, beliau bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi di ibu negara, 30 Ogos lepas.

Najib berkata, "tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan."

Sehari sebelum kenyataan Najib itu, bapa pelajar yang menunjukkan punggung kea rah poster Najib, A Rahman Abdullah berkata, "mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu."

Pelajar terbabit, dari kolej swasta telah diambil keteranganoleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

Selain anaknya, seorang lagi peserta perhimpunan iaitu model sambilan, yang dikatakan memijak poster Najib, isteri dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya juga memohon maaf.

Justeru, Zambry meminta pemimpin negara tidak melayan permintaan seperti itu, sebaliknya memfokuskan ke atas keperluan yang lebih sesuai untuk diadakan pertemuan.

"Kalau buat salah minta maaf, senanglah nanti orang buat salah tunjuk punggung minta nak jumpa Perdana Menteri.

"Kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) minta Najib timbangkan dan kalau nak jumpa, jumpalah dengan orang yang lebih layak serta berjasa," katanya.

Dalam pada itu, Zambry yakin saranan yang dikemukakan itu akan mendapat sokongan daripada NGO lain. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment