Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata sebagai permulaan, 75 sekolah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan menerima peruntukan masing-masing hari ini.
"Jumlah peruntukan adalah berbeza antara sekolah yang lain kerana ia bergantung kepada keperluan sekolah," katanya selepas majlis penyampaian peruntukan itu, di sini.
Koh berkata, sebelum agihan dibuat, kerajaan berbincang terlebih dulu dengan badan yang mewakili sekolah mubaligh terbabit bagi memastikan agihan adil dan saksama.
"Secara puratanya setiap sekolah akan menerima antara RM40,000 dan RM50,000 dan sekolah yang mendapat peruntukan lebih adalah disebabkan ada projek pembinaan," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment