My Add

Thursday 6 September 2012

Singapura beri sambutan VIP 'duta' panda dari China

SINGAPURA, KHANIS, 06 September, 2012:: Singapura hari ini menyambut ketibaan sepasang panda gergasi yang dipinjamkan Kerjaaan China selama 10 tahun setaraf orang kenamaan (VIP) bagi menandakan hubungan diplomatik antara dua negara dalam tempoh dua dekad.

Panda jantan yang berusia lima tahun dikenali Kai Kai (menang) dan panda betina berusia empat tahun, Jia Jia bermaksud kecantikan itu akan menjadi bintang dalam seksyen baru di Zoo Singapura.

Haiwan ini akan membuat kemunculan pertama di zoo berkenaan Disember ini selepas menjalani tempoh kuarantin.

Singapura berharap pasangan panda itu mampu melahirkan anak ketika berada di sini kerana kerajaan negara itu sudah membelanjakan berjuta-juta dolar bagi mewujudkan kepungan iklim untuk menggalakkan pembiakan haiwan itu dalam iklim lembap tropika di negara berkenaan.

“Ini adalah keistimewaan yang diberikan kepada dua khazanah dari negara China itu,” kata wakil kerajaan Singapura, Teo Ser Luck di Lapangan Terbang Changi.

Duta China di Singapura, Dai Bing, berkata haiwan ini duta penting yang menandakan persahabatan antara China dan Singapura.

Panda berkenaan dihantar ke Singapura menggunakan kargo penerbangan Singapore Airlines Boeing 747 dan mendarat di terminal eksklusif yang biasanya dikhaskan untuk orang kenamaan, selebriti dan orang kaya. - AFP

No comments:

Post a Comment