My Add

Saturday, 1 September 2012

Tidak maklum, jemput Tuanku amalan biasa - MB

SHAH ALAM, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang dianjurkan kerajaan negeri adalah amalan biasa.

Menurutnya, baginda memang tiada dalam senarai tetamu kehormat yang dijemput kerajaan negeri untuk sambutan berkenaan yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi Selangor.

"Untuk tidak menjemput Tuanku Sultan ini adalah memang biasa dalam setiap sambutan kerajaan negeri pada sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment