My Add

Saturday 1 September 2012

Kerajaan sentiasa berwaspada

KUALA LUMPUR, JUMAA, 31 Ogos, 2012: Kerajaan akan sentiasa berwaspada dengan pihak-pihak yang cuba memporak-perandakan kestabilan negara menerusi penganjuran perhimpunan haram yang bertujuan menimbulkan kemarahan serta emosi tidak terkawal.

Sambil merujuk kepada ‘Himpunan Janji Bersih’ di ambang merdeka malam tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun penganjuran himpunan itu dilihat gagal, langkah berwaspada adalah perlu dengan paduan kerjasama pihak berkuasa.

‘‘Saya bersyukur semalam (Himpunan Janji Bersih) tidak ada insiden-insiden tidak diingini berlaku. Saya ucap tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

‘‘Daripada laporan awal, kita lihat mereka yang cuba untuk memporak-perandakan sesuatu kali ini tidak menjadi. Tetapi kita mesti berwaspada bersandarkan kepada cogan kata kita iaitu kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan negara,’’ katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment