
SHAH ALAM 31 Ogos - Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan urusan memaklum dan menjemput Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri merupakan amalan biasa dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.
Katanya, sebelum ini, sambutan ulang tahun kemerdekaan anjuran kerajaan negeri dimaklumkan kepada baginda termasuk dari sudut jemputan kerana ia satu formaliti.
"Namun, ia terpulang kepada budi bicara baginda sama ada hadir atau tidak pada majlis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment