Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
KUALA LUMPUR, RABU, 27 November, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Singapura memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung perbuatan pengintipan negara itu terhadap Malaysia.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang mengetuai kira-kira 30 ahlinya telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap perbuatan pengintipan tersebut ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura, di sini hari ini.
Beliau berkata, tujuan penghantaran memorandum bantahan terhadap kerajaan Singapura itu bagi mendesak negara itu menghentikan perbuatan terkutuk tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang bersubahat mengizinkan negaranya menjadi pangkalan pengintipan oleh kuasa asing ke atas negara jiran termasuk Malaysia.
"Kerajaan Singapura digesa untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini kerana perbuatan mereka mampu menggugat kedaulatan Malaysia," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, kerajaan Singapura tidak sepatutnya bertindak sebegitu bagi menjaga hubungan baik dengan negara ini sejak sekian lama.
"Malaysia dan Singapura setakat ini menjalinkan hubungan baik dan tindakan mengintip negara jiran tidak seharusnya berlaku kerana perkara itu juga melibatkan kepercayaan antara satu sama lain," jelasnya.
Tambah beliau, memorandum bantahan tersebut telah diterima oleh kedua-dua Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura, Tan Chee King dan Harris Rusdi Chai.
"Mereka memberi jaminan yang perkara ini akan diusulkan kepada kerajaannya setelah menerima memorandum bantahan tadi.
"Jika kerajaan Singapura masih berdiam diri dan tidak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, perbuatan mereka ini dianggap sebagai biadab," katanya.
Sementara itu, beliau juga berterima kasih kepada Wisma Putra kerana telah bertindak pantas menangani isu tersebut dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. - UTUSAN
* IRWAN Fahmi Ideris (kanan) bersama peguam, Zukhairi Md. Osman (kiri) menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID |
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang mengetuai kira-kira 30 ahlinya telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap perbuatan pengintipan tersebut ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura, di sini hari ini.
Beliau berkata, tujuan penghantaran memorandum bantahan terhadap kerajaan Singapura itu bagi mendesak negara itu menghentikan perbuatan terkutuk tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang bersubahat mengizinkan negaranya menjadi pangkalan pengintipan oleh kuasa asing ke atas negara jiran termasuk Malaysia.
"Kerajaan Singapura digesa untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini kerana perbuatan mereka mampu menggugat kedaulatan Malaysia," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, kerajaan Singapura tidak sepatutnya bertindak sebegitu bagi menjaga hubungan baik dengan negara ini sejak sekian lama.
"Malaysia dan Singapura setakat ini menjalinkan hubungan baik dan tindakan mengintip negara jiran tidak seharusnya berlaku kerana perkara itu juga melibatkan kepercayaan antara satu sama lain," jelasnya.
Tambah beliau, memorandum bantahan tersebut telah diterima oleh kedua-dua Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura, Tan Chee King dan Harris Rusdi Chai.
"Mereka memberi jaminan yang perkara ini akan diusulkan kepada kerajaannya setelah menerima memorandum bantahan tadi.
"Jika kerajaan Singapura masih berdiam diri dan tidak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, perbuatan mereka ini dianggap sebagai biadab," katanya.
Sementara itu, beliau juga berterima kasih kepada Wisma Putra kerana telah bertindak pantas menangani isu tersebut dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment