My Add

Thursday, 28 November 2013

Kes saman Anwar terhadap Khairy ditangguh

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Perbicaraan kes saman RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dakwaan memfitnahnya dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai, lima tahun lalu yang sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, ditangguhkan sehingga 27, 28 dan 31 Mac 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman, S. M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan pihak-pihak di Mahkamah Rayuan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment