Pemuda UMNO tubuh akademi kepimpinan
Oleh HUSSAINI AMRAN dan SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, RABU, 27 November, 2013: Pergerakan Pemuda UMNO akan memantapkan lagi proses pengkaderan politiknya menerusi penubuhan sebuah institusi yang bakal dinamakan sebagai Akademi Kepimpinan Kapten Tun Hussein Onn.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, hasrat untuk mewujudkan institusi tersebut secara dasarnya dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, proses pengkaderan politik Pemuda UMNO akan memberi tumpuan kepada latihan pemimpin pelapis dalam kalangan ahli-ahli sayap berkenaan, mahasiswa dan profesional muda.
"Kualiti latihan yang disediakan akademi itu boleh diibaratkan seperti yang terdapat pada maktab pegawai tentera. Kita akan pilih yang terbaik untuk menyertainya," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Exco Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment