Oleh FADZIL ZAINOL
KUALA LUMPUR, RABU, 27 November, 2013: Kerajaan mengambil positif terhadap laporan Kajian Dasar Pelaburan (IPR) mengenai Malaysia, meskipun keputusan kajian itu lebih banyak menghuraikan masalah berhubung dasar pelaburan negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, laporan itu penting terutamanya bagi mendapatkan pandangan pihak luar berhubung keberkesanan amalan dasar pelaburan Malaysia.
Hasil kajian ini boleh memberi panduan kepada kerajaan untuk merangka dasar yang lebih baik demi menarik pelabur.
Kajian ini tetap memuji beberapa usaha kerajaan dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang kompetitif sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan IPR itu, di sini hari ini.
Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura dan Ketua Laporan IPR itu, Dr. Stephen Thomsen.
Laporan IPR dijalankan oleh kumpulan pengkaji dasar dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
OECD merupakan kesatuan yang terdiri dari negara-negara maju yang menyokong dasar pelaburan terbuka. Malaysia bukan anggota kesatuan itu.
Antara hasil Laporan IPR itu ialah Malaysia mengamalkan dasar tertutup dalam beberapa sektor perkhidmatan seperti perbankan, insurans dan telekomunikasi dengan menghadkan pemilikan asing dalam sektor itu.
Malah, laporan itu turut meletakkan dasar kerajaan yang menetapkan bumiputera harus memiliki 30 peratus kepentingan dalam sektor peruncitan sebagai sekatan pelaburan.
Kajian itu turut menjelaskan Malaysia hanya menguasai 11 peratus pelaburan langsung asing (FDI) yang datang ke ASEAN. Pada tahun 1980, negara menguasai hampir 28 peratus FDI yang datang ke rantau ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment