My Add

Thursday 28 November 2013

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KLUANG, KHAMIS, 28 November, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini hari ini.

Sekolah Agama Husnul Khatimah merupakan sekolah agama pertama di dalam penjara dan akan menjadi perintis untuk dibina di kompleks penjara lain pada masa depan.

Hadir sama mengiringi baginda ialah puteranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment