* RIBUAN warga Myanmar mengadakan bantahan terhadap penghinaan Islam di Myanmar yang diadakan di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. |
Kumpulan ters JUMAAT,mbawa kain rentang tertera perkataan respect each other and every religion (hormat antara satu sama lain dan semua agama) dan stop insulting Islam (berhenti menghina Islam) sebelum diminta berhenti berhampiran pintu masuk kedutaan tersebut oleh kira-kira 20 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD Cheras) yang bersedia melakukan kawalan.
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perarakan tersebut berkata, kerajaan Myanmar tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap ekstremis Buddha yang melakukan kezaliman.
Tuntutan kita jelas supaya kerajaan Myanmar mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini tanpa mengira perbezaan agama yang dianuti.
Hal ini disebabkan kerajaan Myanmar seperti membenarkan tindakan ekstremis Buddha melakukan penindasan terhadap minoriti umat Islam tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil selama ini," katanya kepada pemberita.
Menurut Mohd. Azmi, Mapim menuntut kerajaan Myanmar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di seluruh dunia atas penindasan dilakukan kumpulan ekstremis Buddha tersebut.
Ekstremis Buddha di Myanmar secara terang-terangan bertindak membakar serta memusnahkan harta umat Islam seperti masjid, rumah, tanah perkuburan dan madrasah sejak tahun 2012. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment