Kenaikan cukai pintu DBKL ditangguhkan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, RABU, 27 November, 2013: Pelaksanaan kadar baharu pelarasan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya berkuat kuasa mulai 1 Januari ini ditangguhkan sehingga selesai sesi pendengaran bantahan Mac ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. J. Loga Bala Mohan berkata, sehingga tempoh tersebut semua pihak yang berkepentingan dalam isu itu boleh terus menghantarkan bantahan dan pandangan masing-masing sehingga 17 Disember ini.
"Tarikh pelaksanaan baru belum ditetapkan lagi dan kita bagi peluang untuk sesi pendengaran dari Januari hingga Mac," katanya ketika menggulung sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment