Oleh FARHANA JONI
* REMAJA cuba terjun dari tingkat tiga |
Kejadian pukul 7 pagi itu menggemparkan rakan-rakan dan guru pelajar semester satu aliran Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri) tersebut lalu menghubungi pihak polis meminta bantuan.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika pihak bomba dan polis tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian, pelajar berusia 18 tahun itu lengkap memakai seragam dan sedang berdiri di penjuru bangunan.
Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk memujuk remaja tersebut sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar berkenaan menggunakan tangga.
Pihak bomba turut meletakkan sebuah tilam di bawah bangunan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pelajar berkenaan terjatuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Stanley Jonathan berkata, difahamkan remaja berkenaan bertindak demikian akibat malu dengan ejekan rakan-rakan kelas dan tertekan dengan sindiran ustaz selepas dia gagal membaca lafaz azan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri dan mangsa kini berada di hospital dalam keadaan stabil. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment