My Add

Thursday 17 May 2012

10 NGO ancam adakan demonstrasi

Oleh HELMI MOHD FOAD
SHAH ALAM, RABU, 16 Mei, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di negeri ini agar diberikan tunggakan air percuma sebanyak 20 meter padu yang tidak dapat dinikmati sejak empat tahun lalu.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri tidak akan membayar tunggakan pemberian air percuma kepada penduduk yang masih kekal mengunakan meter pukal.

''Kita berikan air percuma berasaskan meter individu dan sekarang akan cuba selesaikan dengan menyediakan peruntukan penukaran meter pukal kepada individu.

''Ini kerana kita tidak membayar harga air yang mereka gunakan melebihi daripada yang sepatutnya. Cara pemberian air percuma bukannya berasaskan kepada jumlah penggunaan menyeluruh. Kita sudah galakkan dari awal lagi mereka gunakan meter individu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment