My Add

Thursday 17 May 2012

Suspek dera Mohd. Danish ditahan

KUALA TERENGGANU, RABU, 16 Mei, 2012: Selepas hampir sebulan diburu, polis akhirnya berjaya menahan suspek berhubung kes dera seorang kanak- kanak, Mohd. Danish Aiman Abdullah, 2, yang koma selepas dipercayai ditampar oleh teman lelaki ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, suspek yang berusia 31 tahun tersebut ditahan di sebuah warung milik ibunya di Manir di sini, kira-kira pukul 2 petang ini.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Tualang, Manir itu cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.

"Suspek mengalami luka di bahagian muka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian 20 April lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dipercayai akibat ditampar teman lelaki ibunya di Kampung Tualang, Manir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment