My Add

Tuesday 15 May 2012

16 penternak rugi RM300,000 ikan mati diracun

*SEORANG penternak, Ismail Abdullah (kiri) bersama anaknya, Mohd. Noradlisyam memungut ikan milik mereka yang mati dipercayai akibat diracun di Kampung Bilok, Banggu, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, ISNIN, 14 Mei, 2012: - Seramai 16 penternak ikan dalam sangkar di Kampung Bilok Banggu, dekat sini rugi hampir RM300,000 berikutan ikan peliharaan mereka mati dipercayai diracun.

Lebih memeritkan, kejadian melibatkan kawasan sangkar ikan sepanjang 500 meter dan menempatkan lebih 220,000 ikan patin dan tilapia telah menyebabkan penternak terbabit hilang mata pencarian.

Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Ikan kampung tersebut, Raja Zakaria Raja Abdullah, kejadian itu disedari oleh beberapa penternak kira-kira pukul 9 malam semalam ketika keluar untuk memberi ikan makan.

Katanya, kesemua penternak terbabit terkejut apabila mendapati ikan dalam sangkar tiba-tiba melompat dan mati. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment