My Add

Tuesday 15 May 2012

Cadang kerajaan ganti ejen

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, ISNIN, 14 Mei, 2012: Kerajaan Bangladesh hari ini mencadangkan penghantaran pekerjanya ke negara ini dijalankan melalui pendekatan kerajaan ke kerajaan bagi mengelakkan peranan orang tengah dan kos penghantaran yang tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, cadangan tersebut memang menarik tetapi ia perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing untuk membuat keputusan muktamad.

Menurutnya, pendekatan tersebut dapat mengurangkan kos kemasukan pekerja asing secara signifikan, mencegah eksploitasi dan mengurangkan masalah pendatang tanpa izin.

‘‘Bangladesh telah menggunakan pendekatan ini untuk menghantar pekerja asing mereka ke Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Barat, hari ini mereka mengemukakan cadangan yang sama kepada Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment