My Add

Saturday 19 May 2012

3 beranak nyaris maut besi terperosok dalam kereta Roziana Abu Samah memangku Mohd Haziq selepas kereta Proton Saga dipandu suaminya merempuh besi penghadang jalan di di Kilometer 214.9, Lebuhraya Utara -Selatan dekat Taiping, semalam. TAIPING 18 Mei - Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki merempuh besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering dekat sini. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kereta Proton Saga yang dipandu Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, gagal dikawal lalu merempuh penghadang terbabit menyebabkan besi sepanjang 15 meter terperosok dan menembusi keretanya. Akibat rempuhan itu, Mohd. Ali yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah di muka serta kepala dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai. Isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak mereka, Mohd. Haziq, tiga tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Daerah Taiping untuk menerima rawatan. Roziana berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakaknya. Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan suaminya mengawal kenderaan gara-gara mengantuk. "Semasa kejadian, saya sedang tidur sambil memangku Mohd. Haziq dan hanya tersedar apabila mendapati kereta yang dipandu suami bergerak menghampiri bahu jalan. "Kejadian berlaku terlalu cepat, saya tidak sempat menarik tangan suami untuk mengejutkannya dan kereta terus merempuh besi tersebut," katanya. Menurutnya, sebelum merempuh besi penghadang jalan itu, suaminya memaklumkan dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Changkat Jering, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian. "Besi itu terperosok betul-betul di tengah antara saya dan suami. Mujurlah (besi) tidak kena pada kepala," ujarnya. Jurucakap Ibu pejabat Polis Daerah Taiping ketika dihubungi mengesahkan kejadian terseb

*ROZIANA Abu Samah memangku Mohd Haziq selepas kereta Proton Saga dipandu suaminya merempuh besi penghadang jalan di di Kilometer 214.9, Lebuhraya Utara -Selatan dekat Taiping, semalam.

TAIPING, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki merempuh besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kereta Proton Saga yang dipandu Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, gagal dikawal lalu merempuh penghadang terbabit menyebabkan besi sepanjang 15 meter terperosok dan menembusi keretanya.

Akibat rempuhan itu, Mohd. Ali yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah di muka serta kepala dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak mereka, Mohd. Haziq, tiga tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Daerah Taiping untuk menerima rawatan.

Roziana berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakaknya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan suaminya mengawal kenderaan gara-gara mengantuk.

"Semasa kejadian, saya sedang tidur sambil memangku Mohd. Haziq dan hanya tersedar apabila mendapati kereta yang dipandu suami bergerak menghampiri bahu jalan.

"Kejadian berlaku terlalu cepat, saya tidak sempat menarik tangan suami untuk mengejutkannya dan kereta terus merempuh besi tersebut," katanya.

Menurutnya, sebelum merempuh besi penghadang jalan itu, suaminya memaklumkan dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Changkat Jering, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

"Besi itu terperosok betul-betul di tengah antara saya dan suami. Mujurlah (besi) tidak kena pada kepala," ujarnya.

Jurucakap Ibu pejabat Polis Daerah Taiping ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebUT. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment