My Add

Saturday, 19 May 2012

DAP terus salahkan Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: DAP terus menyalahkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan mendakwa bekas Naib Pengerusi parti itu sendiri tidak berminat untuk menyambung tempoh Senator Dewan Negara yang disandang beliau.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, keputusan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz itu bukan kehendak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, apa yang dinyatakan itu hanya mengulangi kenyataan setiausaha politiknya, Zairil Khir Johari.

"Tunku Abdul Aziz yang tidak berminat untuk menyambung jawatan tersebut, mengapa kini timbul soal cubaan merasuah beliau bagi terus mengekalkan beliau dalam parti?

"Sekiranya kami sendiri bertindak 'merampas' jawatan senatornya dan mencalonkan nama orang lain serta menawarkan jawatan lain, barulah ia boleh dipanggil rasuah. Dalam soal ini, Tunku Abdul Aziz sendiri dengan rela hati tidak mahu lagi menyandang jawatan tersebut untuk penggal baru," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment