My Add

Wednesday 16 May 2012

6 mangsa bot karam terselamat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
TELOK KEMANG, SELASA, 15 Mei, 2012: Seramai enam pekerja mengangkut makanan ke kapal dagang nyaris lemas apabila bot pengangkut itu karam di perairan Port Dickson kira-kira empat batu nautika dari bandar peranginan ini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa yang berusia 26 hingga 53 tahun diselamatkan oleh sepasukan anggota Agensi Penguat Kuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kapten Maritim Abu Bakar Idris berkata, pihaknya menerima aduan 15 minit selepas kejadian sebelum mengejarkan sepasukan anggota penyelamat ke lokasi terbabit.

''Berdasarkan laporan, bot yang dinaiki mereka itu dikatakan terbalik sebelum tenggelam akibat cuaca buruk.

''Kesemua mangsa ditemui terapung kerana mereka memakai jaket keselamatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment