My Add

Wednesday 16 May 2012

Eksesais 2014 lebih komprehensif

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Eksesais sempadan kali kedua Angkatan Tentera Malaysia dan Thailand yang dijadual pada 2014 akan melibatkan imigresen, polis dan kastam kedua-dua negara.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, langkah itu bagi memastikan latihan berkenaan lebih komprehensif dan berintegrasi, berbanding sebelum ini yang hanya membabitkan pasukan tentera kedua-dua negara.

"Sekali gus ini akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara agensi dari kedua-dua negara," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Malaysia-Thailand ke-28, di sini hari ini.

Mesyuarat selama sejam itu turut dihadiri rakan sejawatan Zulkefli dari Thailand, Jeneral Thanasak Patimapragorn.

Selain itu, Zulkefli berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk memperluaskan latihan tersebut kepada pasukan tentera negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun, bila perkara ini akan dilaksanakan belum diputuskan, katanya sambil menambah, mesyuarat turut membincangkan keperluan mewujudkan platform untuk menyelesaikan isu bersama ke arah melahirkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan di kedua-dua negara.

"Mesyuarat hari ini turut membincangkan kemajuan aktiviti yang dilaksanakan HLC serta Jawatankuasa Sempadan Serantau, dan berpuas hati dengan pencapaian setakat ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment