My Add

Sunday 27 May 2012

Ali Hashim presiden baru DPIM

MELAKA, SABTU, 26 Mei, 2012: Tokoh korporat tanah air, Tan Sri Muhammad Ali Hashim menang tanpa bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 DPIM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Muhammad Ali yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden DPIM memenangi jawatan tersebut selepas penyandangnya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan tidak bertanding.

Setiausaha Agung DPIM, Mohamad Sahar Mat Din pula dipilih memegang jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan oleh Muhammad Ali.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, dua penyandang yang mengekalkan jawatan tersebut ialah Datuk Dr. Abdul Latif Awang dan Abd. Mukti Syaubari manakala muka baru yang dipilih ialah Mohd. Hussain Abdul Aziz dari Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment