My Add

Sunday 27 May 2012

450 ke Mekah

*SEBAHAGIAN jemaah umrah dihantar oleh sanak saudara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam. - MINGGUAN/AZLAN BAHRUM

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA 
KUALA TERENGGANU, SABTU, 26 Mei, 2012: Seramai 450 jemaah yang berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah awal pagi ini menjadi kumpulan penumpang pertama yang menggunakan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Jeddah.

Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 350 itu berlepas dari LTSM kira-kira pukul 3.50 pagi.

Hadir menyaksikan pelepasan jemaah umrah itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Penerbangan itu susulan daripada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines bagi meningkatkan pengendalian urusan umrah dan haji secara terus dari sini pada 19 April lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment