My Add

Sunday 27 May 2012

Demonstrasi ganas bukan budaya

Oleh SYUKRI SHAARI
PUTRAJAYA, SABTU, 26 Mei, 2012: Masalah politik di negara ini harus diselesaikan dengan acuan Malaysia dan bukannya menerusi budaya demonstrasi atau keganasan di jalanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya sebarang masalah dapat diselesaikan dengan baik menerusi medium politik berbanding demonstrasi ganas.

Katanya, apa yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara serta rakyat, malah, yakin ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

"Saya percaya tindakan pembangkang cuba merampas pemerintahan negara menerusi demonstrasi ganas adalah berdasarkan situasi yang dihadapi oleh beberapa negara luar. Mereka kata mereka demokratik tetapi tindakan berdemonstrasi langsung tidak menggambarkannya," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak drif dan gymkhana sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pihak pembangkang mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 menerusi demonstrasi ganas memandangkan kaedah demokrasi tidak membuahkan hasil.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pandangan Dr. Mahathir bahawa pihak pembangkang tidak percaya kepada sistem demokrasi negara ini ada kebenarannya.

Menurut beliau, ia berdasarkan tindakan pihak pembangkang yang mengadakan demonstrasi dan menghentam Malaysia apabila berada di luar negara.

"Jadi, salah satu yang mereka lakukan untuk mendapat perhatian adalah mengadakan demonstrasi dan kekasaran bagi mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dengan menyatakan bahawa sistem pilihan raya kita tercemar dan tidak adil," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment