My Add

Tuesday 15 May 2012

Anggota polis maut dilanggar lori undur

ALOR GAJAH, ISNIN, 14 Mei, 2012: Seorang anggota polis peronda yang ingin menangkap seorang penjenayah, maut dilanggar lori yang dicuri apabila kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Melekek, dekat sini hari ini.

Mangsa, Koperal Rasul Tumin, 47, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi, Rasul bersama rakannya sedang mengejar seorang penjenayah yang melarikan sebuah lori dengan muatan perabot yang laporkan hilang di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil maklumat, lori berkenaan telah dikesan berada di Masjid Tanah. Rasul bersama seorang lagi rakan setugasnya berjaya mengesan lori berkenaan serta mengejar lori itu sehingga ke ladang kelapa sawit di Melekek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment