My Add

Tuesday 15 May 2012

Projek inovasi guru tumpuan pengunjung

Oleh AZMY MOHAMED
KUALA KANGSAR, ISNIN, 14 Mei, 201: Pameran projek inovatif oleh guru Kementerian Pelajaran pada Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Pameran itu disertai pemenang yang meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam empat kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Guru Inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 baru-baru ini.

Sebanyak sembilan hasil inovasi guru dalam empat kategori iaitu kumpulan, individu menengah, individu rendah dan prasekolah dipamerkan.

Antara inovasi yang dipamerkan adalah laman sesawang www.geoandyou.com, Zap it With Lights, Miracle Fingers, Wazan Board, Terowong Cahaya, EZ Draw, Imaging Microscope danKacem Citegar.

Ia melibatkan inovasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari Sungai Sumun, Perak; SMK Sacred Heart, Sarawak; SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment