My Add

Tuesday 15 May 2012

Sultan Johor tulis kaligrafi 'Tuanku di hati rakyat'


*SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menulis kaligrafi Cina bermaksud 'Tuanku di hati rakyat' di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, Kluang, semalam.

KLUANG, ISNIN, 14 Mei, 2012: Kaligrafi Cina bermaksud 'Tuanku di hati rakyat' yang ditulis Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini nyata menjadi ekspresi objektif Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012.

Kemahiran dan kesudian baginda menulis kaligrafi itu mendapat tepukan gemuruh tetamu kehormat dan orang ramai yang kagum terhadap baginda sebagai Sultan untuk semua rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Hadirin juga tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda yang kelihatan ramah dan tidak kekok mencemar duli bersama rakyat.

Individu yang paling gembira dengan kunjungan KMJ 2012 adalah seorang warga emas, Ibrahim Oyok @ Zainal, 81, yang 'ditarik' untuk bersantap di sebelah Sultan Ibrahim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment